TABIKA KEMAS PENGKALAN RENGGAM
Tuesday, 1 December 2015
Tuesday, 24 November 2015
Menangani Anak Yang Pelat
Cara Melatih Anak Bercakap Dengan Betul
Dalam fasa awal pertuturan di kalangan kanak-kanak, cakap pelat seringkali berlaku. Cakap pelat atau Frenulum Linguae merupakan gangguan dalam melafazkan sesuatu huruf.
Pada
usia seawal setahun, kanak sudah mulai belajar mengenali dan menyebut
huruf. Namun kebiasaannya kanak-kanak akan pelat terutamanya dalam
menyebut huruf R, S, F dan D.
Ada yang beranggapan cakap pelat berpunca dari lidah yang pendek. Namun sebenarnya lidah yang pendek bukan puncanya.
Adalah
normal pada usia seawal setahun, kanak-kanak bercakap pelat. Namun
cakap pelat ini adalah sementara dan akan hilang seiring peredaran masa
dan meningkatnya usia kanak-kanak.
Apa yang ibu bapa boleh buat untuk mengatasi cakap pelat dikalangan anak-anak?
❤️ Ajar anak bercakap dengan betul
Ibu bapa
harus menggunakan perkataan yang betul semasa bercakap dengan anak sejak
bayi lagi. Elakkan bercakap pelat kerana akan berisiko tinggi
menyebabkan anak bercakap pelat.
❤️ Bercakap dengan perlahan
Apabila anak
bercakap pelat, ibu bapa harus mengulangi semula apa yang dicakapkan
oleh anak dengan perkataan yang betul dan secara perlahan supaya anak
dapat menangkap dan meniru apa yang dikatakan oleh ibu bapa dan
menyedari kesilapannya.
❤️ Practice makes perfect
Jadi ajaklah anak untuk berlatih menyebut huruf yang pelat tersebut pada setiap hari.
❤️ Geselkan cincin emas atau perak di lelangit & lidah anak
Amalkan setiap hari sambil membaca selawat ke atas Nabi.
Apapun, ibu
bapa tak perlu risau sekiranya anak bercakap pelat kerana cakap pelat
bukan suatu kecacatan. Anak akan cenderung bercakap secara normal
setelah memasuki alam persekolahan dan bergaul dengan rakan-rakan yang
lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)